7 PETUA RAWAT RAMBUT YANG GUGUR LEPAS BERSALIN

JANGAN PANIK

7 PETUA RAWAT RAMBUT YANG GUGUR LEPAS BERSALIN

“Rambut ni banyak gugurlah lepas bersalin,” haaaa… ni la skrip wajib bila masa berpantang… ada jugak yang ckp anak main buih… hmmm.

7 Petua warisan Melayu ni boleh dicuba dan tidak dapat dinafikan kemujarabannya. Gunakan petua tradisional untuk merawati dan mengatasi masalah rambut gugur ini. Elakkan rambut dari terus gugur dan gugur.

1. GUNA LIDAH BUAYA, BUNGA RAYA DAN LITUP BUMI

LIDAH BUAYA
LIDAH BUAYA

Ambil lendir daun lidah buaya, lendir bunga raya dan lendir pokok litup bumi. Masukkan semua kedalam satu bekas. Campurkan sedikit minyak zaitun ke dalam semua adunan lendir pokok tadi. Kemudian sapukan di bahagian rambut selepas mandi di waktu pagi dan petang.

2. GUNA SANTAN KELAPA

SANTAN
Santan Kelapa

Parut sebiji kelapa, perah dan ambil santannya. Masak santan sehingga mengeluarkan minyak dan biarkan sejuk. Rawatan rambut gugur ini mesti menggunakan santan yang sudah sejuk. Ratakan di seluruh bahagian kepala dan biarkan semalaman. Keesokan paginya, barulah rambut dibilas bersih.

3. GUNA DAUN SERAI

serai
serai

Tumbuk segenggam daun serai hingga lumat. Kemudian, masak dengan secawan air hingga berwarna kekuningan. Sejukkan air rebusan tersebut. Usapkan air tersebut perlahan-lahan ke seluruh bahagian kepala. Amalkan selama dua minggu bagi melihat kesannya.

4. LIMAU NIPIS DAN PUTIH TELUR

LIMAU NIPIS
limau nipis

Perahkan tiga biji limau nipis. Campurkan dengan dua biji putih telur. Ratakan di seluruh bahagian rambut. Biarkan selama dua jam. Kemudian, baru cuci bersih. Ini antara rawatan rambut gugur yang paling mudah.

5. GUNA LOBAK MERAH

carrot
lobak merah

Lobak merah diparut halus. Kemudian, campurkan dengan minyak kelapa dan sapu rata pada bahagian rambut. Basahkan tuala kecil dengan air panas dan perapkan bahagian rambut.

6. GUNA HALBA

HALBA
halba

Rendam segenggam halba dan beberapa keping buah sintok selama dua hingga tiga jam. Kemudian, rebuskan hingga air rebusan berubah warna menjadi warna perang pekat. Biarkan sejuk. Ramaskan ramuan tersebut hingga hancur dan lumurkan pada rambut. Biarkan selama beberapa minit dan bilas dengan air bersih.

7. GUNA KACANG HIJAU

bowl-with-green-beans_1127-217
kacang hijau

Rebus segenggam kacang hijau tetapi jangan sampai air rebusannya kering. Biarkan air tersebut sejuk. Sebelum tidur, sapukan air tersebut pada akar rambut. Basuh rambut pada keesokan paginya. Boleh diamalkan pada setiap hari. Tentu sekali ini rawatan rambut gugur tradisional yang sangat mudah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *