BAKAL IBU DAN AYAH, JANGAN PANIK!  PELAJARI APA YANG ANDA PERLU BUAT DALAM MASA 7 HARI KELAHIRAN BAYI ANDA.

BAKAL IBU DAN AYAH, JANGAN PANIK!  PELAJARI APA YANG ANDA PERLU BUAT DALAM MASA 7 HARI KELAHIRAN BAYI ANDA.

Kelahiran bayi pertama sememangnya saat-saat yang dinanti-nantikan. Oleh kerana ianya adalah pengalaman pertama, ibu dan ayah baru mungkin akan merasa terkejut, bimbang dan panik dengan deretan perkara-perkara yang dialami sepanjang proses kelahiran sehingga terlupa amalan-amalan yang penting.

Di bawah adalah ringkasan amalan-amalan yang dituntut untuk dilakukan dalam masa 7 hari kelahiran bayi anda.

  • Hari 1
    -Sejurus selepas kelahiran, ayah hendaklah mengAZANkan bayi di telinga kanan dan IQAMAH di telinga kiri.
    – Ayah dinasihatkan untuk memBERSIHkan URI secepat mungkin dan ditanam di tempat yang sukar digali oleh haiwan.
    -Ibu hendaklah WANDI WAJIB disebabkan melahirkan anak.
    -Melakukan TAHNIK pada mulut bayi dengan tamar atau madu atau manisan lain.
  • Hari ke 2- ke 7
    – IBU hendaklah banyak BEREHAT pada awal-awal kelahiran untuk membantu memulihkan tenaga yang banyak digunakan ketika bersalin, membiasakan diri dengan insan baru dan belajar proses menyusukan bayi.
    -AYAH hendaklah memberi BANTUAN kepada ibu dalam menguruskan diri dan bayi serta membuat persediaan untuk hari ke 7.
  • Hari ke 7
    – Diberikan NAMA kepada bayi.
    – DiCUKURkan keseluruhan rambut bayi. DiTIMBANG berat rambut tersebut lalu dinilaikan dengan emas atau perak lalu diSEDEKAHkan. Amalan ini bukan sahaja bertujuan mengajar untuk mendekatkan diri kepada Allah malah menguatkan penglihatan, pendengaran dan deria hidu bayi.
    – Melakukan AQIQAH. Sebaik baiknya 2 ekor kambing atau 2 bahagian lembu bagi anak lelaki dan 1 ekor kambing atau 1 bahagian lembu bagi anak perempuan.

Semoga Bakal-bakal Ibu dan Bapa tidak tertinggal mana-mana amalan sunnah di atas.
Semoga anak-anak yang bakal dilahirkan nanti mudah dididik dan soleh solehah.

SHARE post ini jika anda rasa post ini bermanfaat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *