BERSALIN NORMAL – Tips Mengurangkan Rasa Sakit Saat Melahirkan

Ibu-ibu yang bakal bersalin boleh mencuba tip-tips dari nasihat Dr ini. InshaAllah bolehmembantu mengurangkan rasa sakit ketika melahirkan.

1. Kawal Pernafasan

Dengan teknik pernafasan yang betul, ibu dapat mengawal kesakitan yang sedang dialami. Ketika menahan nafas, ibu harus tenang dan melepaskan nafas perlahan-lahan. Ini dapat membantu ibu mengawal proses bayi keluar dengan betul dan mengelakkan dari koyak.

Selain itu teknik mengawal nafas yang betul membantu ibu untuk meyimpan tenaga lebih baik untuk proses meneran yang sememangnya akan menggunakan tenaga yang banyak.

2. Buat Senaman Bersalin

Senaman-senaman ringan ibu boleh lakukan untuk memastikan jalan untuk bayi  lahir terbuka dengan lebih baik. Senaman seperti berjalan, naik turun tangga dan bersujud boleh ibu lakukan secara berjadual bila sudah dekat dengan tarikh bersalin.

Tetapi, ibu juga harus berhati-hati ketika melakukan senman agar kesihatan ibu dan bayi tidak terjejas. Selain itu, ibu juga harus berhati-hati dalam melakukan senaman agar tidak terlalu kuat atau lasak ketika bersenam.

3. Hubungan Suami Isteri

Mungkin cara yang ini ramai yang sudah tahu, tetapi ramai juga yang takut untuk melakukannya. Lebih-lebih lagi bila sudah masuk trimester ke tiga.

Tetapi, cara ini sangat membantu untuk melembutkan otot-otot ibu untuk memudahkan lagi proses untuk melahirkan. Hormon dari suami juga turut membantu dalam melembutkan otot-otot di bahagian ‘private’ ibu-ibu.

4. Urutan Perinium

Urutan ini adalah urutan yang di buat pada bahagian luar ‘private’ part ibu. ia bertujuan untuk mengurangkan risiko untuk koyak dan ‘kena gunting’ setelah melahirkan. 

Dengan menggunakan minyak zaitun atau menyak kelapa, ibu boleh mula melakukan urutan ini bermula pada minggu ke 38. 

Jika ibu berminat untuk mempelajari teknik urutan perinium ini, ibu boleh download PERCUMA disini.  DOWNLOAD

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

More to explorer

Sekarang Ibu Boleh Periksa Tahap Risiko COVID-19

Kebimbangnan mengenai virus berbahaya yang kini tersebas luas sangat merunsingkan. Dari laporan terkini sudah 93 kes sah dijangkiti virus COVID-19 di Malaysia.

Dengan itu pelbagai langkah diambil pihak kesihatan di Malaysia untuk menangani maslah ini termasuklah website untuk membantu rakyat mengenal pasti tahap kesihatan dengan risiko jangkitan virus COVID-19.

Nak Perut Kempis Tapi Luka Bersalin Pulak yang Tetas

“Äik, pakai bengkung pun boleh menyebabkan jahitan bersalin tetas ker?”

Haaa, baca ni. Bagi yang semangat nak kurus, mestilah kalau boleh tak nak skip2 berbengkung kan? Tapi kalau kurang ilmu berbengkung dan salah cara berbengkung, boleh menyebabkan luka bergesel, silap-silap haribulan tetas luka bersalin.

4 CARA ELAKKAN TOMBONG

Ibu-ibu yang bersalin pastinya sedar risiko Peranakan/Rahim jatuh atau turun. Sebabnnya bila TULANG KAJANG atau otot pelvis jadi meregang dek sebab meneran masa bersalin. Rahim jatuh atau turun ni kalua tak dirawat boleh buatkan ibu kerap buang air kecil bila terbatuk atau bersin. Kekadang gelak kuat sikit pun boleh jadi jugak.

PERCUMA

EBOOK

Kami Komited Membantu Ibu-Ibu Hamil Yang Bakal Berpantang Untuk Melalui Tempoh Yang Indah Sepanjang Berpantang

20155978_179782705894818_130101844862014440_n

Kemy – Co Founder Helohana

Beliau adaalah salah seorang co-founder pada syarikat Helohana . Dengan Latar belakang keluarga selama 48 tahun dalam bidang perbidanan melayu lama, Kemy dan Helohana sangat komited membantu ibu-ibu berpantang menjalani tempoh berpantang yang seronok dan indah. Kini ilmu ini dikongsikan untuk semua ibu-ibu diluar sana.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *