Ibu Berpantang, Jangan Sesekali Buat Benda ni!

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Orang perempuan ni, pantang sihat. Asal sihat jer terus bersilat nak mengemas umah bagai. Sabar..nanti dulu, tengok 3 perkara  ni nampak macam perkara biasa jer, tapi kalau dibuat masa baru bersalin, macam-macam komplikasi boleh berlaku.

1. Angkat Barang-Barang Berat Seperti Bakul Kain Yang Berat.

Kalau dalam keadaan biasa, rahim kita memang kuat. Tapi dalam 6 bulan selepas bersalin, rahim sangat mudah untuk turun. Silap haribulan boleh tekeluar dari vagina menjadi tombong atau medical term nya prolapse uterus.

Apalah gunanya rumah siap dikemas, ibu-ibu menanggung sakit. Sabar dan minta bantuan suami untuk mengangkat barang-barang yang berat.

2. Mencuci Pinggan Mangkuk Yang Banyak

Mencuci pinggan mangkuk ni pula tiada kaitan dengan kedudukan rahim. Ianya lebih kepada kesan sejuk kepada tubuh badan orang yang baru bersalin. 

Orang yang baru bersalin kalau bersejuk lama-lama akan mudah bisa-bisa badan pada masa akan datang atau bentan waktu berpantang itu sendiri.

3. Mengemop Lantai

Bukan saja terkesan dengan kesejukan, ibu-ibu akan berdiri lama sewaktu mengemop yang menyebabkan rahim ibu yang masih belum kuat turun dan amat menyakitkan.

4. Mencuci Menggunakan Detergen.

Bukan sahaja terdedah pada bahaya sejuk dan lantai yang licin, mungkin ramai ibu-ibu masih belum sedar kandungan pada bahan detergen ini sangat bahaya tertutama pada ibu yang hamil.

Bahan kimia yang terdapat dalam detergen tersebut boleh mengakibatkan sesak nafas dan radang pada ibu.

Membuat kerja-kerja renyah sebegini juga boleh menyebabkan ibu-ibu sakit tumit selepas 3-4 bulan  berpantang dan bercakap dari sudut pandangan ilmu penjagaan diri ketika berpantang cara tradisional, ianya bukan mudah untuk dipulihkan. Mungkin mengambil masa berbulan, mungkin bertahun.

 Sayangi diri sendiri yer ibu-ibu. Kita sakit kita yang tanggung. Setinggi mana pun suami sayangkan kita, tak mungkin sakit kita boleh dipindahkan pada dia.

Kemy 

More to explorer

Sekarang Ibu Boleh Periksa Tahap Risiko COVID-19

Kebimbangnan mengenai virus berbahaya yang kini tersebas luas sangat merunsingkan. Dari laporan terkini sudah 93 kes sah dijangkiti virus COVID-19 di Malaysia.

Dengan itu pelbagai langkah diambil pihak kesihatan di Malaysia untuk menangani maslah ini termasuklah website untuk membantu rakyat mengenal pasti tahap kesihatan dengan risiko jangkitan virus COVID-19.

Nak Perut Kempis Tapi Luka Bersalin Pulak yang Tetas

“Äik, pakai bengkung pun boleh menyebabkan jahitan bersalin tetas ker?”

Haaa, baca ni. Bagi yang semangat nak kurus, mestilah kalau boleh tak nak skip2 berbengkung kan? Tapi kalau kurang ilmu berbengkung dan salah cara berbengkung, boleh menyebabkan luka bergesel, silap-silap haribulan tetas luka bersalin.

4 CARA ELAKKAN TOMBONG

Ibu-ibu yang bersalin pastinya sedar risiko Peranakan/Rahim jatuh atau turun. Sebabnnya bila TULANG KAJANG atau otot pelvis jadi meregang dek sebab meneran masa bersalin. Rahim jatuh atau turun ni kalua tak dirawat boleh buatkan ibu kerap buang air kecil bila terbatuk atau bersin. Kekadang gelak kuat sikit pun boleh jadi jugak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *