Ini Amalan Kurangkan Risiko Anak Kuning Walaupun Ibu Berdarah O

Ramai ibu-ibu yang rasa 'down' nak berpantang bila terpaksa berulang alik ke hospital.

Dari survey yang Kemy jalankan pada ibu-ibu berpantang di Helohana, Kemy dapati hampir 7 dari 10 anak-anak yang lahir masa kini mengalami jaundis walaupun ibunya masih belum mengamalkan apa juga bentuk ubat-ubatan tradisional yang kerap kali dikatakan punca kepada jaundis. 

 

Kemy nak share kan amalan ketika hamil yang Kemy lakukan bila doktor katakan bayi bagi  ibu berdarah O ini berisiko tinggi mengalami jaundis untuk dijadikan panduan buat ibu-ibu.

2. Kurangkan atau tidak mengambil langsung fast food

Fench Fries banyak mengandungi garam dan acrylamide, sejenis bahan kimia yang dikaitkan dengan kanser (Livestrong.com)

Ada pendapat mengatakan jaundis bukan disebabkan oleh makanan yang diambil oleh ibu hamil. Tapi Kemy selalu ingat pepatah ni “you are what you eat”. Makanan sangat mempengaruhi kesihatan tubuh badan kita. 

Bukankah anak yang kita kandung itu sebahagian dari tubuh badan kita? Oleh sebab tu lah, Kemy tidak mengambil makanan yang kurang berkhasiat, tinggi pewarna dan  tinggi kandungan pengawetnya yang boleh menjejaskan kesihatan baby dan ibu.

2. Minum Air Zam-zam Setiap Kali Bangun Tidur dan Disertai Doa Kepada Allah

Kenapa air zam-zam? Sebab Kemy pernah mendengar ceramah dari seorang ustaz mengatakan kelebihan minum air zam-zam ini pada peminumnya adalah apabila peminumnya berniat menjadikannya sebagai penawar, nescaya Allah akan menyembuhkannya dan Allah akan membantunya. 

Oleh sebab tu lah Kemy akan minum air zam-zam menghadap kiblat dan berdoa supaya anak dalam kandungan bebas dari sebarang masalah kesihatan. In shaa Allah sangat berkesan kaedah ini.

3. Amalkan pati kurma dan pati buah delima

Kemy ni bukan peminat kurma sebab Kemy tak boleh nak telan sangat  makanan yang terlalu manis. Tapi disebabkan percaya kurma sangat banyak khasiatnya untuk ibu hamil, maka Kemy kongsikan resepi yang Kemy buat untuk memudahkan tekak menerimanya.

Ambil 3 atau 5 atau 7 biji kurma dan di blend bersama 1 gelas air. Sejukkan dalam peti sejuk dan minum setiap hari. Diamalkan bersama sesudu pati delima yang kaya dengan vitamin C untuk membilas rasa manis dalam mulut.

4. Amalkan air rebusan herba dan makanan mudah lawas semasa berpantang

Ketika hamil anak ke 2, Kemy kurang menjaga pemakanan dan akibatnya anak ke 2 mangalami sedikit jaundis. Sepanjang berpantang, Kemy terus amalkan air rebusan herba, buah-buahan dan sayur sayuran yang banyak supaya anak yang sedang mengalami jaundis mudah lawas dan lapar. 

Anak yang jaundis ni suka tidur, akibatnya dia kurang minum susu dan kurang berak, maka kuningnya lambat turun. Sebab tu lah Kemy terus minum air rebusan herba Dindara 2 kali sehari untuk memperbanyakkan susu, susu yang dihasilkan juga membuat baby mudah lawas dan menyebabkan baby mudah berak dan lapar. Bila baby kerap berak, kuning pun laju turunnya.

Sekiranya bacaan jaundis baby ibu-ibu bertambah ketika ibu-ibu teleh mencuba pengambilan herba, ibu-ibu boleh hentikan seketika dan teruskan pengambilan makanan mudah lawas yang lain seperti sayur-sayuran dan  buah-buahan yang lebih banyak.

Walaubagaimanapun, banyak perkongsian yang kami peroleh dari ibu-ibu di Helohana mengatakan bacaan jaundis tidak menjadi tinggi ketika mengambil air rebusan herba Dindara.

 

Kemy

#HelohanaPakarIbuBerpantang

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

More to explorer

Sekarang Ibu Boleh Periksa Tahap Risiko COVID-19

Kebimbangnan mengenai virus berbahaya yang kini tersebas luas sangat merunsingkan. Dari laporan terkini sudah 93 kes sah dijangkiti virus COVID-19 di Malaysia.

Dengan itu pelbagai langkah diambil pihak kesihatan di Malaysia untuk menangani maslah ini termasuklah website untuk membantu rakyat mengenal pasti tahap kesihatan dengan risiko jangkitan virus COVID-19.

Nak Perut Kempis Tapi Luka Bersalin Pulak yang Tetas

“Äik, pakai bengkung pun boleh menyebabkan jahitan bersalin tetas ker?”

Haaa, baca ni. Bagi yang semangat nak kurus, mestilah kalau boleh tak nak skip2 berbengkung kan? Tapi kalau kurang ilmu berbengkung dan salah cara berbengkung, boleh menyebabkan luka bergesel, silap-silap haribulan tetas luka bersalin.

4 CARA ELAKKAN TOMBONG

Ibu-ibu yang bersalin pastinya sedar risiko Peranakan/Rahim jatuh atau turun. Sebabnnya bila TULANG KAJANG atau otot pelvis jadi meregang dek sebab meneran masa bersalin. Rahim jatuh atau turun ni kalua tak dirawat boleh buatkan ibu kerap buang air kecil bila terbatuk atau bersin. Kekadang gelak kuat sikit pun boleh jadi jugak.

PERCUMA

EBOOK

Kami Komited Membantu Ibu-Ibu Hamil Yang Bakal Berpantang Untuk Melalui Tempoh Yang Indah Sepanjang Berpantang

20155978_179782705894818_130101844862014440_n

Kemy – Co Founder Helohana

Beliau adaalah salah seorang co-founder pada syarikat Helohana . Dengan Latar belakang keluarga selama 48 tahun dalam bidang perbidanan melayu lama, Kemy dan Helohana sangat komited membantu ibu-ibu berpantang menjalani tempoh berpantang yang seronok dan indah. Kini ilmu ini dikongsikan untuk semua ibu-ibu diluar sana.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *