Isteri Baru Bersalin! Ini Perkara Yang Suami Boleh Bantu

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Kegembiran menyambut ‘orang baru’ dalam keluarga sangat mengembirakan. Tapi banyak juga yang perlu diuruskan selepas isteri melahirkan baby. Mungkin suami boleh mainkan peranan membantu isteri di wad uruskan perkara-perkara yang berkaitan.

Newborn-Infant-Minutes-Old-1024x768

Tolong Isteri Siapkan Baby

Dengan keadaan isteri yang masih lemah dan kepenatan bertarung nyawa melahirkan baby, suami boleh bantu untuk siapkan baju, diapers, dan persiapan untuk baby.

“Saya takut nak dukung baby’, ‘saya tak berani nak pegang baby”….. Alahai cik abang, semua ni kecik jer abang macho semua… cuba tengok muka si kecil tu, lepas tu tengok semula muka isteri yang penat tu. bukankah kecik jer setakat dukung, dan siapkan semua persiapan baby tu.

Sediakan Makan dan Minum Isteri

Bukan sikit-sikit tenaga dan keringat yang di kerah isteri nak lahirkan sebuah nyawa ke dunia ni. Dari sepanjang pregnant, menahan sakit kontraction, hinggalah meneran nak lahirkan , semuanya di tanggung sendiri oleh isteri.

Jadi siap-siap beli makanan atau minuman untuk isteri jamah lepas bersalin tu. mungkin isteri akan makan sikit jer, Tapi penat lelah dia mungkin akan hilang lepas tengok usaha abang yang sangat prihatin dengan apa yang ditanggung.

Teman Isteri ke Toilet

Apa kata abang sentiasa temankan isteri kalau tiada apa yang penting perlu diuruskan. Haaa… macam bodyguard. Sentiasa alert dengan apa yang diperlukan si isteri. 

Paling penting abang teman dan papah isteri ke toilet. Dengan keadaan yang masih lemah dan sakit-sakit, sangat perlu untuk abang teman kan isteri ke toilet. Jahitan luka bersalin masih baru, lagi-lagi kalau yang bersalin ceaser. sangat perlukan bantuan abang untuk urusan ke toilet ni.

Pakaikan Param dan Pilis

Bab ni tak salah kalau abang amik tahu juga, sebab nanti lepas keluar dari wad pun abang boleh teruskan tolong isteri untuk pakaikan param, pilis dan herba-herba untuk berpantang yang lain.

Uruskan Uri Baby

Last sekali antara yang paling wajib sekali untuk abang buat adalah, uruskan uri baby. Lepas isteri bersalin, doktor akan siap masukkan uri baby dalam beg plastik untuk diuruskan.

Bila dah dapat dari doktor, ayah bawa balik, basuh bersih dan tanam kan di tempat yang selamat dari haiwan liar. ada doa-doa yang diajarkan oleh orang-orang lama dan para ustaz dalam menguruskan uri baby ni.

Lebih banyak kegembiraan akan datang bila ibu dan ayah sama-sama berusaha dalam membesarkan anak bersama. Lebih banyak detik-detik indah yang akan dihargai bila ianya di harungi bersama, lebih lebih lagi detik kelahiran cahaya mata yang akan dikenang selamanya d dalam hati.

More to explorer

Sekarang Ibu Boleh Periksa Tahap Risiko COVID-19

Kebimbangnan mengenai virus berbahaya yang kini tersebas luas sangat merunsingkan. Dari laporan terkini sudah 93 kes sah dijangkiti virus COVID-19 di Malaysia.

Dengan itu pelbagai langkah diambil pihak kesihatan di Malaysia untuk menangani maslah ini termasuklah website untuk membantu rakyat mengenal pasti tahap kesihatan dengan risiko jangkitan virus COVID-19.

Nak Perut Kempis Tapi Luka Bersalin Pulak yang Tetas

“Äik, pakai bengkung pun boleh menyebabkan jahitan bersalin tetas ker?”

Haaa, baca ni. Bagi yang semangat nak kurus, mestilah kalau boleh tak nak skip2 berbengkung kan? Tapi kalau kurang ilmu berbengkung dan salah cara berbengkung, boleh menyebabkan luka bergesel, silap-silap haribulan tetas luka bersalin.

4 CARA ELAKKAN TOMBONG

Ibu-ibu yang bersalin pastinya sedar risiko Peranakan/Rahim jatuh atau turun. Sebabnnya bila TULANG KAJANG atau otot pelvis jadi meregang dek sebab meneran masa bersalin. Rahim jatuh atau turun ni kalua tak dirawat boleh buatkan ibu kerap buang air kecil bila terbatuk atau bersin. Kekadang gelak kuat sikit pun boleh jadi jugak.

NAK JANA PENDAPATAN SENDIRI?

JOM DAFTAR JADI AGENT & DROPSHIP

Whatsapp – 0132960083

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *