Kenali Tanda-tanda Bersalin Sudah Dekat

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Mengetahui tanda-tanda melahirkan sangat penting bagi semua bakal ibu, terutama yang menginginkan kelahiran secara normal. Berbeza kalau ibu yang melahirkan dengan bantuan kaedah operasi caesar. Dengan mengetahui tanda-tanda hampir bersalin, ibu akan menjadi lebih bersedia dalam menghadapi proses bersalin.

Dalam dunia perubatan, proses bersalin juga digelar inpartu. Ia bermaksud keluar atau melahirkan. Ia terbahagi pada 2 fasa yang dinilai dari pembukaan mulut rahim ibu yang boleh dikira dari 1 hingga 10 sentimeter. Bila sudah sampai 10 sentimeter, kepala bayi sudah boleh melalui mulut rahim.

Fasa 1 : Fasa Laten

Fasa ini dikira dari pembukaan mulut rahim dari 0 hingga 3 sentimeter. Fasa ini mengambil masa yang lama. Boleh jadi lebih dari sehari.

Fasa 2 : Fasa Aktive

Fasa ke dua ini bermula dari bukaan 4 hingga 10 sentimeter. Ia lebih kurang 1cm untuk setiap 1 jam pada bacaan kontraksi yang baik dan normal.

Antara Tanda-tanda Persalinan Sudah Dekat

1. Kram di perut yang semakin kerap

Menjelang dengan tarikh due bersalin, ibu mungkin akan merasa tekanan atau kram di  pinggul dan dubur. Ibu juga mungkin akan merasakan nyeri di area paha dan punggung bawah, terutama jika ini bukan kehamilan pertama ibu.

Apa yang terjadi adalah kerana otot dan sendi tubuh ibu kini  sedang meregang dan bergeser sebagai persiapan untuk kelahiran si comel.

2. Kontraksi Palsu

Kontraksi ini biasa disebut Braxton Hicks atau terjadi pengencangan perut yang datang dan pergi. Namun kontraksi palsu ini tidak sekuat kontraksi asli yang terjadi saat melahirkan. Biasanya kontraksi ini berlangsung 30 hingga 120 detik. Berbeza dengan kontraksi sebenar, kontraksi Braxton Hicks boleh hilang jika ibu sering berubah-ubah posisi atau rileks.

Kontraksi ini ibu akan rasakan sebelum mengalami kontraksi yang sebenar. Perbedaan kontraksi asli dan kontraksi Braxton Hicks adalah terasa di daerah perut atau panggul, sementara kontraksi sebenar biasanya ibu akan terasa di bawah punggung kemudian berpindah ke bahagian depan perut.

3. Keluar cairan keputihan yang lebih pekat dan berwarna kemerahan

Satu tanda melahirkan sudah sangat dekat adalah keluarnya cairan vagina seperti keputihan, namun lebih pekat dan berwarna merah muda, kemerahan, atau kecokelatan. Ini disebabkan oleh pelepasan lendir penyumbat leher rahim selama kehamilan.

Sumbat akan mengendur mengikuti semakin longgarnya leher rahim, yang terjadi selama tahap pertama persalinan.

Namun, perdarahan berat (mirip seperti Anda sedang menstruasi) dapat menjadi pertanda masalah. Jika Anda mengalami hal ini, segera hubungi dokter/bidan Anda.

4. Air ketuban pecah

Tanda melahirkan paling  diketahui oleh kebanyakan ibu-ibu adalah bila pecahnya air ketuban. Kebanyakan wanita lebih dulu merasakan kontraksi sebelum air ketuban pecah, tapi ada juga yang boleh bermula dengan pecahnya ketuban. Jika keadaan ini terjadi, biasanya proses bersalin akan menyusul dengan segera.

Namun apa yang bahaya, jika air ketuban sudah pecah, tapi ibu tidak pula mengalami kontraksi, kesanny adalah si comel dalam kandungan akan lebih mudah terserang infeksi. Ini sebabkan oleh cairan yang selalu melindungi bayi dari kuman selama berada di kandungan ini telah habis. Jika hal ini terjadi, proses induksi mungkin akan dilakukan untuk menjaga keselamatan si comel.

Jika ibu sudah memasuki bulan ke-9 kehamilan, sebaiknya ibu-ibu dah  menyiapkan segala perlengkapan yang diperlukan untuk ke hospital. Jadi, jika air ketuban telah pecah atau terjadi kontraksi, ibu boleh terus membawa perlengkapan tersebut, dan terus ke hospital. Simpan barang-barang tersebut di satu tempat yang mudah diambil pada saat emergency.

Selain perlengkapan, ibu juga sudah harus memastikan siapa yang akan menemani ibu di bilik bersalin. Pastikan mereka bersedia untuk menemani ibu pada waktunya tiba.

More to explorer

Sekarang Ibu Boleh Periksa Tahap Risiko COVID-19

Kebimbangnan mengenai virus berbahaya yang kini tersebas luas sangat merunsingkan. Dari laporan terkini sudah 93 kes sah dijangkiti virus COVID-19 di Malaysia.

Dengan itu pelbagai langkah diambil pihak kesihatan di Malaysia untuk menangani maslah ini termasuklah website untuk membantu rakyat mengenal pasti tahap kesihatan dengan risiko jangkitan virus COVID-19.

Nak Perut Kempis Tapi Luka Bersalin Pulak yang Tetas

“Äik, pakai bengkung pun boleh menyebabkan jahitan bersalin tetas ker?”

Haaa, baca ni. Bagi yang semangat nak kurus, mestilah kalau boleh tak nak skip2 berbengkung kan? Tapi kalau kurang ilmu berbengkung dan salah cara berbengkung, boleh menyebabkan luka bergesel, silap-silap haribulan tetas luka bersalin.

4 CARA ELAKKAN TOMBONG

Ibu-ibu yang bersalin pastinya sedar risiko Peranakan/Rahim jatuh atau turun. Sebabnnya bila TULANG KAJANG atau otot pelvis jadi meregang dek sebab meneran masa bersalin. Rahim jatuh atau turun ni kalua tak dirawat boleh buatkan ibu kerap buang air kecil bila terbatuk atau bersin. Kekadang gelak kuat sikit pun boleh jadi jugak.

PERCUMA

EBOOK

Kami Komited Membantu Ibu-Ibu Hamil Yang Bakal Berpantang Untuk Melalui Tempoh Yang Indah Sepanjang Berpantang

20155978_179782705894818_130101844862014440_n

Kemy – Co Founder Helohana

Beliau adaalah salah seorang co-founder pada syarikat Helohana . Dengan Latar belakang keluarga selama 48 tahun dalam bidang perbidanan melayu lama, Kemy dan Helohana sangat komited membantu ibu-ibu berpantang menjalani tempoh berpantang yang seronok dan indah. Kini ilmu ini dikongsikan untuk semua ibu-ibu diluar sana.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *