Kenapa Nak Suami Temankan Bersalin?

Sesungguhnya bukan setiap suami diberi anugerah dan rezeki oleh Allah untuk melihat isteri bertarung nyawa ketika melahirkan zuriat yang ditunggu-tunggu. Pasti ada sebabnya kenapa menjadi insan terpilih.

“Nurse, husband saya dah ada kat luar tak? Boleh ker dia masuk?”

“Sekejap yer, kita siap-siapkan puan dulu, kemudian kita panggil husband puan masuk sekali. Pn tukar baju ni yer”

Masuk jarum drip, tukar baju, ubat supaya berak.

Pastu, tanya lagi. “Nurse, husband saya dah boleh masuk ker?”

“Kejap yer, kita nak check bukaan”

Nampak tak betapa tak sabarnya hati seorang isteri tu nak suami masuk dlm labour room tu!

Jom kita tengok tentang apa yang best sangat bila suami ada sama dalam labour room tu yer!

  1. Nampak muka suami yang cuba menenangkan pun dah tambah sikit kekuatan.
  2. Tangan suami melegakan bila suami tolong gosok-gosokkan pinggang yang rasa sangat sakit masa bukaan pintu rahim terjadi.
  3. Perasan tenang dan tak merawang ke mana-mana sebab suami boleh sentiasa teman di sisi sambil istighfar dan berdoa
  4.  Suami jugak boleh tolong ingatkan supaya jangan angkat punggung ketika bersalin untuk elak koyak yang besar.
  5. Terasa sangat diri dihargai ketika bertarung nyawa menahan kesakitan yang dianggarkan seperti 20 tulang dipatahkan serentak.

Untuk husband pulak, macam mana nak bawak diri dengan betul di labour room?

Seperti kita melawat orang sakit, seperti tu lah caranya kita temankan isteri waktu bersalin.

  1. Layan, bercakap dan tenangkan isteri.
  2. Tengok handphone hanya pada perkara penting sahaja atau mengaji guna handphone.
  3.  Bagi semangat tanpa tunjuk muka penat bila isteri masih tak berjaya meneran dengan betul. Emosi isteri sangat dipengaruhi oleh kesabaran suami.
  4.  Teruskan berdoa agar proses bersalin isteri dipermudahkan. 
  5. Jangan ambil gambar yang boleh mengaibkan isteri.
  6. Ucap terima kasih dan cium isteri waktu dia berjaya lahirkan cahaya mata bersama.
  7. Azankan anak selepas dibersihkan oleh nurse.

Sesungguhnya bukan setiap suami diberi anugerah dan rezeki oleh Allah untuk melihat isteri bertarung nyawa ketika melahirkan zuriat yang ditunggu-tunggu. Pasti ada sebabnya kenapa menjadi insan terpilih.

Semoga pengalaman ini nanti dapat disematkan dalam hati untuk menjadi penyebab saling mencintai hingga ke syurga.

Selamat berbahagia dan membahagiakan.

Kemy

Helohana Pakar Ibu Berpantang

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

More to explorer

Sekarang Ibu Boleh Periksa Tahap Risiko COVID-19

Kebimbangnan mengenai virus berbahaya yang kini tersebas luas sangat merunsingkan. Dari laporan terkini sudah 93 kes sah dijangkiti virus COVID-19 di Malaysia.

Dengan itu pelbagai langkah diambil pihak kesihatan di Malaysia untuk menangani maslah ini termasuklah website untuk membantu rakyat mengenal pasti tahap kesihatan dengan risiko jangkitan virus COVID-19.

Nak Perut Kempis Tapi Luka Bersalin Pulak yang Tetas

“Äik, pakai bengkung pun boleh menyebabkan jahitan bersalin tetas ker?”

Haaa, baca ni. Bagi yang semangat nak kurus, mestilah kalau boleh tak nak skip2 berbengkung kan? Tapi kalau kurang ilmu berbengkung dan salah cara berbengkung, boleh menyebabkan luka bergesel, silap-silap haribulan tetas luka bersalin.

4 CARA ELAKKAN TOMBONG

Ibu-ibu yang bersalin pastinya sedar risiko Peranakan/Rahim jatuh atau turun. Sebabnnya bila TULANG KAJANG atau otot pelvis jadi meregang dek sebab meneran masa bersalin. Rahim jatuh atau turun ni kalua tak dirawat boleh buatkan ibu kerap buang air kecil bila terbatuk atau bersin. Kekadang gelak kuat sikit pun boleh jadi jugak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *