Macam Mana Cara Mengatasi Hb Rendah Ketika Pregnant ?

sy preggy anak 1st dlu HB x menentu gak..mula 12, 11..tetibe drop 10 lebih..mcm2 gak sy mkn tp still naik turun..skrg preggy dh msuk 18weeks.mula2 check 11.8..nurse tukar suruh ambk obimin sbb nk bg menten HB..mbe2 suggest amalkn kurma, kismis, delima,hati, kerang….hrp2 check up seterusnya naik”

Seseorang itu adalah Hb rendah berlaku apabila sel darah merah iaitu jumlah hemoglobin (Hb) di dalam darah berkurangan.

Jumlah hemoglobin normal  bagi wanita hamil, jumlah hemoglobin adalah berbeza iaitu 10-15 gram/dL. Biasanya jumlah hemoglobin sebelum hamil dan semasa hamil akan berubah. Namun begitu, jika jumlah hemoglobin adalah kurang daripada 10, ibu akan berisiko menghidapi anemia.

RISIKO KEGUGURAN

Keguguran berlaku kepada 8-20% ibu mengandung. Kebanyakan kes (80%) berlaku sebelum minggu ke 13 manakala  20% berlaku pada ibu yang kurang dari 20 minggu mengandung.

makanan yang dicadangkan untuk penghidap anemia.

1. Daging merah

Daging merah mengandungi kadar zat besi yang tinggi untuk membantu memerangi anemia semasa hamil. Anda perlu tahu bahawa kandungan zat besi dari sumber haiwan mudah diserap berbanding sumber lain. Barulah boleh tambah darah!

2. PISANG

Sebiji pisang setiap hari sangat baik untuk ibu hamil. Ini kerana folat yang ada di dalam pisang akan membantu ibu dalam pertumbuhan janin dan peghasilan sel-sel baru.

3. BAYAM

Untuk pengetahuan penghidap anemia, bayam antara makanan paling baik di dalam kalangan sayuran untuk ibu hamil. Bayam merah atau hijau, ia menyerap zat besi dan folat untuk elakkan anemia.

4. KERANG

Kerang sangat FEMES dalam mencegah anemia. Ambil kerang dalam seminggu sekali .untuk membantu mempercepatkan penghasilan darah merah yang dapat mengelakkan ibu dari anemia.

5. BUAH DELIMA

Buah yang membantu tambah darah – buah delima. Buah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah, kandungan zat besi yang ada pada buah delima dapat mengurangkan anemia.

6. KURMA atau KISMIS

Makanan tambah darah yang menepati sunnah ialah kurma & kismis. Khasiatnya termasuk meningkatkan penghasilan sel darah merah. Kurma yang sedap dan manis ini juga membantu memberi tenaga kepada ibu.

Semoga ibu-ibu menjaga diri dan kandungan supaya terhindar dari low HB atau Anemia. Amalkan gaya hidup yang sihat serta pemakanan yang seimbang. Dengarlah nasihat doktor dan nurse di klinik kesihatan dalam membantu anda untuk melawan anemia ini.

Jangan lupa juga, elakkan makanan yang dilarang semasa mengandung. Sentiasa fikirkan tentang kesihatan anda dan bayi anda.

Kemy

Helohana – Pakar Ibu Berpantang

More to explorer

Sekarang Ibu Boleh Periksa Tahap Risiko COVID-19

Kebimbangnan mengenai virus berbahaya yang kini tersebas luas sangat merunsingkan. Dari laporan terkini sudah 93 kes sah dijangkiti virus COVID-19 di Malaysia.

Dengan itu pelbagai langkah diambil pihak kesihatan di Malaysia untuk menangani maslah ini termasuklah website untuk membantu rakyat mengenal pasti tahap kesihatan dengan risiko jangkitan virus COVID-19.

Nak Perut Kempis Tapi Luka Bersalin Pulak yang Tetas

“Äik, pakai bengkung pun boleh menyebabkan jahitan bersalin tetas ker?”

Haaa, baca ni. Bagi yang semangat nak kurus, mestilah kalau boleh tak nak skip2 berbengkung kan? Tapi kalau kurang ilmu berbengkung dan salah cara berbengkung, boleh menyebabkan luka bergesel, silap-silap haribulan tetas luka bersalin.

4 CARA ELAKKAN TOMBONG

Ibu-ibu yang bersalin pastinya sedar risiko Peranakan/Rahim jatuh atau turun. Sebabnnya bila TULANG KAJANG atau otot pelvis jadi meregang dek sebab meneran masa bersalin. Rahim jatuh atau turun ni kalua tak dirawat boleh buatkan ibu kerap buang air kecil bila terbatuk atau bersin. Kekadang gelak kuat sikit pun boleh jadi jugak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *