MAINTAIN SUSU IBU DI BULAN RAMADHAN

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Menyusukan dan kekal berpuasa di bulan Ramadhan ini memang tidak mudah. Mungkin ada juga ibu yang tidak menghadapi masalah kurang susu, tapi tak kurang juga yang susah hati bila susu ibu makin kering di bulan Ramadhan ini. Untuk pastikan susu ibu sentiasa ada untuk si kecil, ibu perlu sentiasa menjaga dan berdisplin menjaga permakanan di bulan Ramadhan. 

1. Kurangkan, Elakkan Kafien.

Antara punca susu kurang adalah Kafien, ia boleh ganggu penyerapan khasiat ke dalam badan. Untuk ibu yang memang suka minum kopi atau teh, ibu boleh mulakan dengan kurangkan pengambilan Kafien kemudian pelahan-lahan cuba elakkan dari Kafien.

2. Minum Air Secukupnya

Penting untuk Ibu kekal hidrasi sepanjang bulan Ramadhan, tambahan untuk mengekalkan susu ibu. Pastikan cukup jumlah air yang ibu ambil. Ibu boleh susun jadual minum air untuk harian. Elakkan juga mengambil air bergula dan bikarbonat.

3. Bersahur

Pastikan ibu bangun bersahur dan mengambil makanan berat yang cukup untuk menampung penghasilan susu ibu. Makanan seperti sayuran – lobak putih, jantung pisang, sawi dan pelbagai lagi yang membantu penghasilan susu. 

4. Makan Kurma

Mungkin ada ibu-ibu yang tak tahu kurma boleh membantu ibu menghasilkan susu. Ibu boleh makan 3 biji kurma pada waktu sahur dan 3 biji lagi diwaktu berbuka. Ibu cuba amalkan dan kongsikan hasilnya di ruangan komen di bawah.

5. Cukup Rehat & Kekal Positif

Bila ibu dah jaga pengambilan makanan dan minum yang cukup, pastikan ibu kekal cergas dan positif. Amalkan doa-doa dan minta Allah permudahkan urusan ibu menyusukan anak kecil. InshaAllah membantu.

Mudah-mudahan usaha ibu menyusukan si kecil walaupun sedang berpuasa di bulan Ramadhan diangkat Allah dan di berikan balasan pahala yang besar oleh Allah SWT.

More to explorer

Sekarang Ibu Boleh Periksa Tahap Risiko COVID-19

Kebimbangnan mengenai virus berbahaya yang kini tersebas luas sangat merunsingkan. Dari laporan terkini sudah 93 kes sah dijangkiti virus COVID-19 di Malaysia.

Dengan itu pelbagai langkah diambil pihak kesihatan di Malaysia untuk menangani maslah ini termasuklah website untuk membantu rakyat mengenal pasti tahap kesihatan dengan risiko jangkitan virus COVID-19.

Nak Perut Kempis Tapi Luka Bersalin Pulak yang Tetas

“Äik, pakai bengkung pun boleh menyebabkan jahitan bersalin tetas ker?”

Haaa, baca ni. Bagi yang semangat nak kurus, mestilah kalau boleh tak nak skip2 berbengkung kan? Tapi kalau kurang ilmu berbengkung dan salah cara berbengkung, boleh menyebabkan luka bergesel, silap-silap haribulan tetas luka bersalin.

4 CARA ELAKKAN TOMBONG

Ibu-ibu yang bersalin pastinya sedar risiko Peranakan/Rahim jatuh atau turun. Sebabnnya bila TULANG KAJANG atau otot pelvis jadi meregang dek sebab meneran masa bersalin. Rahim jatuh atau turun ni kalua tak dirawat boleh buatkan ibu kerap buang air kecil bila terbatuk atau bersin. Kekadang gelak kuat sikit pun boleh jadi jugak.

NAK JANA PENDAPATAN SENDIRI?

JOM DAFTAR JADI AGENT & DROPSHIP

Whatsapp - 0132960083

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *