
El
- May 31, 2019
- 4:41 pm
- No Comments
PENTING UNTUK IBU HAMIL – Ibu yang tengah sarat jangan tinggal keperluan ni kemana-mana
“Dokument nikah En. ada bawak tak ?”
‘Pampers, dan baju nak salin pada baby dah siap?’

Haa… ni semua soalan yang mungkin nurse akan tanya lepas semua urusan di labour room selesai.
Kalau memang rumah dekat je dengan hospital bersalin tu takpe, cuba kalau isteri bersalin masa balik ke kampung. Kan dah susah nak urusakan semua tu.
Mungkin juga sebab confident sangat tarikh due bersalin tu lama lagi. Sebenarnya tak semestinya tarikh due yg doktor beri tu tarikh tepat untuk baby lahir tau.
Boleh jadi terawal 2 minggu, atau lebih awal dari tarikh tu.
Bersedia Lebih Awal
Penting untuk bersedia dari awal untuk bersalin ni. Bukan dari segi emosi dan kesihatan je… Persediaan dari segi material pun tak kurang penting juga.
Encik abang boleh tolong isteri sediakan dokumen, persedian untuk baby dan ibu.
Mungkin untuk yang dah ada pengalaman sebelum ni, mungkin juga keadaan tidak lagi sama seperti kelahiran yang sebelum ni.
jadi sangat penting tau untuk buat persediaan lebih awal untuk pastikan semuanya berjalan lancar.
Baru lah semuanya jadi indah… nak berpantang nanti pun dah tak stress.
Apa Jer Yang Perlu Disediakan
Bergantung juga pada keperluan masing-masing. Sebab situasi dan kehendak berbeza-beza.
TAPI… penting untuk sediakan keperluan yang paling ASAS terlebih dahulu… kemudian barulah keperluan lain-lain yang mungkin kurang penting.
PERSEDIAAN ASAS
- Buku Pink – Yang ini antara yang paling asas sekali penting untuk ibu bawa kemana-mana. Sebab record ni penting untuk doktor refer bila ibu nak bersalin nanti. selain mudahkan urusan untuk record kelahiran baby nanti.
- Surat Nikah – Biasanya hanya untuk kelahiran pertama sahaja akan perlukan dokument ni. tapi tak salah kalau ayah simpan sekali dokumen ni sekali.
- Pakaian Ibu – Mungkin tak perlu bawak banyak macam nak melancong tu, tapi cukup lah 3 pasang baju yang mudah untuk susukan baby nanti. Dan selesa untuk ibu pakai.
- Pakaian Baby – Bergantung pada siapa yang kemas beg. Kalau mak baby yang kemas mungkin sampai 6-7 pasang. tapi kalau ayah yang kemas, silap-silap 2 pasang je dia letak.. hihihi sebenarnya bawak lebih sikit pun takpe, sebab baby nanti kerap buang air atau muntah, kalau tembus kena baju dah ada baju lain untuk ganti.
- Pad Maternity – Yang ini selalu orang ingat hospital akan sediakan. mungkin ada, mungkin tiada. Jadi lebih baik kalau dah bawak sendiri, tak perlu nak tunggu kalau nak tukar sendiri nanti.

Semua persiapan ni siapkan dan letak dalam satu beg yang mudah untuk dibawa kemana-mana. Nak pindah-pindakan dari kereta ke rumah.
Atau mudah untuk dibawa balik kampung. sebab nak bersalin ni kita tak boleh nak tahu masa yang tepat bila baby nak lahir.
PERSEDIAAN TAMBAHAN
Keperluan ini bergantung pada individu. tapi bukan lah ianya tidak penting. mungkin ibu boleh sediakan mengikut keperluan masing masing.
- Hospital – Ibu dah boleh survey hospital yang ingin pergi untuk melahirkan baby dari awal lagi. Tentukan dari segi budget, jarak dan yang dipercayai.
- Baby Gear – Peralatan zaman now memang semakin canggih. Bergantung pada ibu dan ayah apa yang perlu untuk baby.
- Set Berpantang – Sepatutnya ia dah masuk dalam list WAJIB ADA. Sebab penting untuk ada rawatan yang khusus untuk ibu lepasa bersalin ni. Bab kesihatan ibu perlu diambil berat juga. Klik sini untuk inset berpantang cendara by Helohana
Pendek kata, persedian untuk meyambut baby baru memang kena ada. Kalau dah disiapkan dari awal mungkin ibu tak perlu lagi risau untuk siapkan keperluan untuk dibawa bila dah dekat tarikh due bersalin.
More to explorer

Sekarang Ibu Boleh Periksa Tahap Risiko COVID-19
Kebimbangnan mengenai virus berbahaya yang kini tersebas luas sangat merunsingkan. Dari laporan terkini sudah 93 kes sah dijangkiti virus COVID-19 di Malaysia.
Dengan itu pelbagai langkah diambil pihak kesihatan di Malaysia untuk menangani maslah ini termasuklah website untuk membantu rakyat mengenal pasti tahap kesihatan dengan risiko jangkitan virus COVID-19.

Nak Perut Kempis Tapi Luka Bersalin Pulak yang Tetas
“Äik, pakai bengkung pun boleh menyebabkan jahitan bersalin tetas ker?”
Haaa, baca ni. Bagi yang semangat nak kurus, mestilah kalau boleh tak nak skip2 berbengkung kan? Tapi kalau kurang ilmu berbengkung dan salah cara berbengkung, boleh menyebabkan luka bergesel, silap-silap haribulan tetas luka bersalin.

4 CARA ELAKKAN TOMBONG
Ibu-ibu yang bersalin pastinya sedar risiko Peranakan/Rahim jatuh atau turun. Sebabnnya bila TULANG KAJANG atau otot pelvis jadi meregang dek sebab meneran masa bersalin. Rahim jatuh atau turun ni kalua tak dirawat boleh buatkan ibu kerap buang air kecil bila terbatuk atau bersin. Kekadang gelak kuat sikit pun boleh jadi jugak.