Sekarang Ibu Boleh Periksa Tahap Risiko COVID-19

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Kebimbangnan mengenai virus berbahaya yang kini tersebas luas sangat merunsingkan. Dari laporan terkini sudah 93 kes sah dijangkiti virus COVID-19 di Malaysia. Dengan itu pelbagai langkah diambil pihak kesihatan di Malaysia untuk menangani maslah ini termasuklah website untuk membantu rakyat mengenal pasti tahap kesihatan dengan risiko jangkitan virus COVID-19.
Laman Website Untuk Membantu Mengenalpasti Tahap Risiko COVID-19

Kebimbangan Rakyat Dengan Situasi terkini COVID-19

Penularan virus berbahaya – COVID-19 kini sudah merebak di Malaysia. Terkini di laman web rasmi KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) sudah terdapat 93 kes sah jangkitan COVID-19. Gelombang ke-2 yang berlaku dilaporkan (bermula kes ke-23 sehingga kes ke-99), hanya lima (5) kes sahaja yang dilaporkan dari kalangan PUI dan mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara. Manakala kes-kes lain pula melibatkan kluster yang terdiri daripada kontak-kontak rapat dan mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Laman Web Membantu Kenal Pasti Risiko Jangkitan COVID-19

Terkini KKM sudah mewujudkan satu laman web yang dapat membantu rakyat Malaysia untuk membuat saringan sendiri dengan 7 soalan mudah untuk mengenal pasti tahap risiko jangkitan COVID-19 ini. 

Untuk membuat pemeriksaan secara maya ini sangat mudah hanya perlu menjawab 7 soalan berkenaan kesihatan semasa dan pengalaman jika ada behubung terus dengan suspek pesakit atau pernah ke negara-negara yang berisiko tinggi dengan COVID-19 ini.

Helohana Pakar IbuBerpantang - COVID19 WEBSITE SELF TEST
COVID19 WEBSITE SELF TEST

Untuk membuat sendiri ujian sendiri ini, anda boleh klik terus pada link yang Kemy dah sharekan ni : Virtual Health Advisory PortalNovel Coronavirus (COVID-19)

InshaAllah Kemy sentiasa doakan kita sentiasa terhindar dari penyakit berjangkit dan berbahaya ini yang sukar diubati ini. Semoga apa yang Kemy sharekan ini dapat membantu ibu-ibu terutama yang sedang hamil dan yang ada bayi kecil dapat sentiasa menjaga kesihatan dan jauh dari virus COVID-19 ni. Aminnn…

Kemy - Bidan Comel

Kemy - Bidan Comel

Leave a Replay

Sign up for our Newsletter